air-conditioning operation system


Operasi sistem ‘chiller’ + ‘fan coil unit’ (FCU)

·             Dalam sesebuah ‘chiller’ terdapat beberapa komponen. Antara komponen berikut adalah pemampat (compressor), pemeluwap (condenser),kipas pemeluwap (condenser fan),peranti pemeteran (metiring device) dan kelompang (shell). Selain itu,terdapat juga beberapa komponen yang penting yang membantu operasi sistem chiller ini iaitu, ‘water pump’ dan fan coil unit ‘FCU’
·         Sistem ini beroperasi bermula dari pemampat (compressor). Pemampat akan memampatkan gas bahan pengingin (refrigerant). Semasa bahan pendingin dimampatkan, tekanan dalam perpaipan selepas pemampat adalah dalam bertekanan tinggi. Seterusnya, perpaipan bahan pendingin dari pemampat ini akan ke pemeluwap (condenser)

·                    Di dalam bahagian pemeluwap (condenser), terdapat satu kipas (condenser fan) yang berperanan untuk menyingkirkan haba. Keadaan tekanan semasa dalam proses ini adalah bertekanan tinggi. Seterusnya, perpaipan bahan pendingin dari pemeluwap ini akan ke komponen yang seterusnya iaitu peranti pemeteran (metering device)
·         Peranti pemeteran (metering device). Komponen ini berperanan untuk mengurangkan / menukarkan tekanan perpaipan bahan pendingin dari tinggi ke rendah. Perpaipan bahan pendingin yang bertekanan rendah itu akan masuk ke kelompang (shell) dan akan kembali semula ke pemampat (compressor). Kitaran ini akan terus beroperasi sehinggan sistem dihentikan

·         Di dalam kelompang (shell) terdapat sejumlah air yang akan disejukkan. Air dalam kelompang itu akan disejukkan oleh perpaipan bahan pendingin yang bertekanan rendah, iaitu perpaipan yang keluar selepas peranti pemeteran (metering device). Pada kelompang, ada 1 perpaipan air yang akan ke ‘water pump’. Air yang  akan ke ‘water pump’ adalah air yang sangat sejuk.

·         ‘water pump’. ‘water pump’ beroperasi untuk mengepam air sejuk yang dibekalkan oleh salah satu komponen yang terdapat pada chiller iaitu kelompang (shell) ke indoor dalam sistem ini, iaitu fan coil unit (FCU). Sebelum ke (FCU), perpaipan air sejuk yang keluar dari ‘water pump’ tadi akan semakin mengecil (dari paip yang besar ke kecil) bagi memudahkan paip itu masuk ke komponen yang seterusnya, iaitu (FCU)
·        Fan coil unit (FCU). Dalam fan coil unit terdapat satu ‘blower’. Paip air sejuk dari ‘water pump’ akan masuk ke (FCU) dan blower yang ada dalam (FCU) ini akan mengagihkan udara yang sejuk ( air sejuk ) ke sesebuah kawasan bagi memberikan keselesaan kepada pengguna.
·         Seterusnya, paip air sejuk dari (FCU) akan keluar dan akan kembali ke kelompang (shell).sistem ini akan terus beroperasi sehingga dihentikan.




No comments:

Post a Comment